tanda-2 Allah SAYANG KITA
Assalamualaikum <3
hai . sorii lah lamaa tk hupdate my bebbiiee bloggie , sbb sy bz banyak
tajuk dia pon u olls bole thu ape yang i nak crita . jom baca oke ??
Bila Allah sayang kita, kita akan rasa bahagia, tenang, aman, tenteram. Seluruh hidup terasa penuh makna dan penuh cinta. hati terasa begitu berkobar-kobar untuk beramal. Dunia terasa begitu luas untuk mereguk anugerah, kurniaan-Nya. Tidak ada apa yang kita risaukan selain untuk memenuhi panggilan Dia yang memberikan segala-galanya. Tidak ada apa yang kita takutkan melainkan kemurkaan-Nya. Lalu Dia memberikan yang terbaik untuk kita. Dia menentukan yang paling baik untuk hidup kita. Dia mengaturkan jalan hidup terbaik untuk kita. Lalu dia mengangkat kita menjadi mulia di tengah-tengah manusia. Walaupun kita tidak meminta, namun Dia memenuhi hasrat dan keinginan yang kita pendam di sudut hati.
Namun, boleh jadi keadaan berbeza seketika kadang-kadang. Bila Allah sayang kita, diuji kita dengan rasa kesempitan dada, kepayahan dan penderitaan. Diberikan kita ujian yang paling berat yang tidak diberikan kepada orang lain. Kita selalu merasa keliru pada mulanya sebelum Dia memberikan jalan keluar dan petunjuk. Manusia mencemuh, mencaci dan merendah-rendahkan kita hanya kerana kita membawa risalah-Nya. Bila kita meminta, tidak diberi-Nya serta-merta, dibiarkan kita merintih sampai rasa penghambaan itu benar-benar lahir dan terasa manisnya. Benar janji Allah bahawa barangsiapa bertakwa, akan diberikan jalan keluar baginya, namun boleh jadi jalan keluar itu berliku-liku sebelum sampai kepada penyelesaian yang paling memuaskan.
Oleh itu, haruskah kita merasakan bahawa Allah membenci kita tatkala apa yang kita inginkan tidak diberi-Nya? atau apa yang kita hajatkan tidak ditunaikan-Nya? Haruskah kita merasakan bahawa Allah membenci kita tatkala hidup kita penuh kesengsaraan dan kepayahan? Alangkah indahnya kalau dapat kita fahami bahawa setiap inci ujian yang kita alami adalah sentuhan kasih sayang daripada Allah. Pasti ada rahmat disebalik ujian.
TANDA-2 ALLAH SAYANGKAN KITA
: dengan kesedihan kita akan selalu menyebut namaNya
: dengan kesakitan kita akn sentiasa meminta kesembuhan dariNya
: dengan kesusahan ini kita akan redha kepadaNya
: dengan kehilangan itu kita akan meminta yang terbaik dariNya
: kerana jiwa yang menderita yang akan selalu dekat dengan Allah
: kerana Allah ingin kita meminta rezeki daripadaNya
: kerana Allah mahu kita memohon kemuliaan dariNya
Oleh Itu Jangan Terlalu Banyak Ketawa , Jangan Terlalu BersukaRia
KERANA ALLAH AKAN JAUH DARIPADA KITA
Comments